Cambodia, Trip to Seam Reap

Angkor Watt,Seam Reap

Throwback 2014, Angkor Watt, Seam Reap, Cambodia.

  • Cambodia, Trip to Seam Reap 1
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 2
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 3
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 4
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 5
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 6
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 7
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 8
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 9
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 10
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 11
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 12

Erm.. 2013-2015 kerap jugak aku kesini.. Datang mencari rezeki sambil melawat tempat- tempat menarik di Seam Reap.. So aku ke sini dari ibu negara Cambodia Phnom Penh menaiki BUSTEL..haha sebuah bas yang dilengkapi dengan public wifi, katil double deck, tandas skali tau. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 -12 jam dari PP ke SR.. (tak bape ingat daa).So aku dan kawan2 ambik bas waktu malam dengan harapan naik bas je letak kepala senyap.. bukak mata dah sampai ke destinasi..

Yang bestnya dekat Cambodia ni.. sepanjang perjalanan dalam bas ke SR, Public wifi didalam bas tu hampir 80% maintain connectivity dan speed 4Mbps (Capped per user ).. Liputan LTE diorang sangat WOW jika nak dibandingkan dengan Malaysia pada masa tu dan mungkin sampai skarang kot.. hahaha..Kalau untuk kediaman / office, di Cambodia.. diorang terus pakai teknologi yang terkini.. tak main dah copper, dial-up ni.. fiber terus tau.. Ibaratnya.. diorg tak sempat merasa Tmnet, streamyx ni. terus pakai UniFi.

Apa yang tak best kat sini makan la kot.. Nasi kat sini tak sama macam dekat Malaysia.. macam nasi pulut pun ade.. lambat makan jadi simen la nasi tu..😞😞 kekeke.. Yang tak best lagi.. kedai2 makan halal tak banyak pilihan..Dah la tak banyak pilihan.. kedai tutup awal pulak tu.. pukul 8 malam dah ready nak tutup kedai dah kecuali PUB/BAR yang tak halal sahaja bukak sampai lewat malam.Lagi satu bab cuaca.. Kalau di Seam Reap sangat ok.. pokok- pokok masih banyak menghijau.. jauh beza dengan di PP.. hutan batu bersama hujan debu.. panas membahang πŸ˜…πŸ˜….

Masyarakat kat sana pulak.. Alhamdulillah.. friendly hehe cuma nak naik tuk tuk je la..susah nak dapat driver yang baik ati.. asyik kene ketuk je.. jarak tak sampai 1km pun dimintak 2-5$.. end up.. jalan kaki je pegi ke kedai makan.. bukan kedekut tapi rasa sangat tak baloi..Skarang tak pasti la kat sana kalau-kalau dah ada GRAB..senang sikit kan…

Ape pun.. Jika berpeluang dapat ke sana lagi.. semestinya.. Cambodia masih dalam list.. Rindu jugak nak jumpa kawan2 yang kat sana..Ada rezeki InsyaAllah nak pegi lagiiii πŸ™‚ .

Malam di Malioboro, Yogyakarta 2015

Trip To Indonesia
Busker di Malioboro, Jogjakarta

Alhamdulillah, dulu dengan company lama, aku berpeluang ke Indonesia.. Bukan sekali malah boleh dikatakan setiap bulan seakan wajib ke negara jiran, Indonesia.

Ya.. Sungguh aku suka dengan suasana di Jogjakarta / Yogyakarta..Antaranya di Malioboro.. Tenang dan mendamaikan.. Kat sini la wei aku minum air kopi arang.. Kat jogja diorang panggil KOPI JOSS.. haha tanya jugak orang yang jual kopi JOSS tu.. JOSS tu apa.. rupanya sebab sound effect waktu arang panas masuk dalam kopi daa..

Malam di Malioboro, Yogyakarta 2015 13
Kopi Joss Yogyakarta

Rasa dia? hmm.. kalau ikut tekak aku.. rasa kopi payau campur bau kayu.. kalau korang pernah minum air putih, kopi, sirap yang orang kita bancuh dengan air panas dapur kayu..lebih kurang macam tu la.. cuma kopi ni korg dapat rasa extra keladak habuk kayu arang bersama hampas kopi 🀣🀣🀣

Tapi kan.. takat nak try boleh laa.. Dari segi kesihatan.. aku tak rasa la air ni ade manfaat.. haha kang penuh ngan abuk kayu, abuk arang dalam perut pulak. Sambil try kopi pelik ni.. ngam jugak la kene dengan meggi goreng indomie.. Paling best kat kat Yogyakarta ni.. (err satu Indonesia kot) busker2 diorang memang ramai, kretif dan berbakat wei..Naik keretapi ada busker kat dalam.. naik bas pun ada busker… nasib baik dalam flight takde 🀣🀣🀣.. ada yang main angklung, gitar gedabak ni.. drum pakai baldi.. Macam-macam gaya dan cara nak tarik perhatian orang ramai..mmg kreatif dan berseni.. Tapi kan buskerΒ² kat Malaysia pun apa kurangnya.. aahh semua best lah..sungguh.. aku rinduuu nak ke Malioboro lagi..

Kau Ilhamku, Sahabat selamanya

seberang takir

Meraung santai part 2 bersama JJ at eFKay #MejaBantuan #NOC #SOC #LIFE&LIVE Kau Ilhamku Kadangkala Allah sengaja beri kita rasa sunyi dan keseorangan walaupun ada insan disekeliling kita,Allah rindu nak dengar kita menangis, mengadu dan bersujud kepadaNya. Bersyukurlah, “Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kau dustakan?” (Ar-Rahman) Wan’2019′