Throwback 2014, Angkor Watt, Seam Reap, Cambodia.

  • Cambodia, Trip to Seam Reap 1
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 2
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 3
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 4
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 5
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 6
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 7
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 8
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 9
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 10
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 11
  • Cambodia, Trip to Seam Reap 12

Erm.. 2013-2015 kerap jugak aku kesini.. Datang mencari rezeki sambil melawat tempat- tempat menarik di Seam Reap.. So aku ke sini dari ibu negara Cambodia Phnom Penh menaiki BUSTEL..haha sebuah bas yang dilengkapi dengan public wifi, katil double deck, tandas skali tau. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 -12 jam dari PP ke SR.. (tak bape ingat daa).So aku dan kawan2 ambik bas waktu malam dengan harapan naik bas je letak kepala senyap.. bukak mata dah sampai ke destinasi..

Yang bestnya dekat Cambodia ni.. sepanjang perjalanan dalam bas ke SR, Public wifi didalam bas tu hampir 80% maintain connectivity dan speed 4Mbps (Capped per user ).. Liputan LTE diorang sangat WOW jika nak dibandingkan dengan Malaysia pada masa tu dan mungkin sampai skarang kot.. hahaha..Kalau untuk kediaman / office, di Cambodia.. diorang terus pakai teknologi yang terkini.. tak main dah copper, dial-up ni.. fiber terus tau.. Ibaratnya.. diorg tak sempat merasa Tmnet, streamyx ni. terus pakai UniFi.

Apa yang tak best kat sini makan la kot.. Nasi kat sini tak sama macam dekat Malaysia.. macam nasi pulut pun ade.. lambat makan jadi simen la nasi tu..😞😞 kekeke.. Yang tak best lagi.. kedai2 makan halal tak banyak pilihan..Dah la tak banyak pilihan.. kedai tutup awal pulak tu.. pukul 8 malam dah ready nak tutup kedai dah kecuali PUB/BAR yang tak halal sahaja bukak sampai lewat malam.Lagi satu bab cuaca.. Kalau di Seam Reap sangat ok.. pokok- pokok masih banyak menghijau.. jauh beza dengan di PP.. hutan batu bersama hujan debu.. panas membahang 😅😅.

Masyarakat kat sana pulak.. Alhamdulillah.. friendly hehe cuma nak naik tuk tuk je la..susah nak dapat driver yang baik ati.. asyik kene ketuk je.. jarak tak sampai 1km pun dimintak 2-5$.. end up.. jalan kaki je pegi ke kedai makan.. bukan kedekut tapi rasa sangat tak baloi..Skarang tak pasti la kat sana kalau-kalau dah ada GRAB..senang sikit kan…

Ape pun.. Jika berpeluang dapat ke sana lagi.. semestinya.. Cambodia masih dalam list.. Rindu jugak nak jumpa kawan2 yang kat sana..Ada rezeki InsyaAllah nak pegi lagiiii 🙂 .